Ape benda mengumpat nie???
haa... kalau nk tau mengumpat yg dinyatakan adalah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.. mcm kalau ada bdk x puas hati ngan bdk lain pastu dia citer ngan membe dia psl benda buruk bdk tu...
X phm lagi laa... bace je lah hadis nie.
Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)
seperti memakan daging saudara seagama
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. "Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Abistu ni dosa besar ker kecik ??
dosanya di kelaskan kepada dosa besar mcm yg hadis ckp...
sebab dosa org mungumpat susah di hapuskan...
Pastu camner nk hapuskan dosa ngumpat nie...
walaupun dosa besar tp senang jer nk hapuskan dosa ngumpat nie...
ilangkan ego korang pi lah jumpa org yg korang ngumpat tu....
abis citer...
Ada bonus x kalau kite plak kene ngumpat??
ada jugak lah... nie bagi situasi kalau org tu x mintak maaf lagi lah..
masa akhirat nanti org yg dingumpat akn terkejut kenapa amalan diorang byk..
Nk tahu sbb apa?? aku tlg lukis sikit lah..
Pahala org mengumpat bagi kt org diumpat
tu pun kalau pahala org tu byk.. kalau x cukup mcm ni...
Mana tau nie....
bace lah hadis nie..
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.
betulkan apa aku ckp... org mngumpat akn rugi... ada lagi nie...
Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".